Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan
pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera
itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf)
kepada sekalian makhluk.
Surah Al-`Ankabuut ayat 15
Surah Al-`Ankabuut ayat 15
Doa Dari Hadis Sohih: Pelindung Setiap Kali
Keluar Rumah.
DALAM sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU
MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata
sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu
apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar
dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala
dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh
3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (
Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi :
Hasan - Teks doa berwarna Hitam Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang
dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para
lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali
sumber rujukannya dari hadis Nabi
s.a.w.
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU
BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA
AL-KAFIR (ZALIM)
Artinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman
kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir (dan zalim)" (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad,
2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita
Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh
anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan
telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang
kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda.
Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan
seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati
apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
ref: Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar